Saturday, October 17

Resipi Cheescake Oreo Non-bake



Berikut resipi Cheescake Oreo Non-bake di bawah.

Crust:
Biskut Oreo
4 Sudu Mentega Cair

Filling:
250g White Chocolate cincang halus
150g Cream cheese yang cair pada suhu bilik
12 Oreo di cincang kasar

Topping:
6 Oreos di cincang dadu atau kasar
100 g Dark chocolate yang di cairkan

Cara membuat crust:
Campurkan biskut oreo dan mentega tadi ke dalam bahan kisar. Dan kisar sehingga menjadi halus dan lembut. Kemudian letakkan bahan tadi ke dalam loyang dan ratakan dalam loyang tersebut.

Untuk filling:
Cairkan white chocolate tadi, dan campurkan sekali cream cheese yang telah di pukul ke dalam white chocolate tadi sehingga ia menjadi lembut.

Ratakan bahan tadi ke atas crust oreo dalam loyang dan kemudian taburkan oreos yang di cincang di atas adunan cheese tadi. Dan kemudian sejukkan dalam peti ais selama 2jam.

Dah siap! Selamat mencuba!