Wednesday, December 24

Meet Aliah Amani!



Assalamualaikum!

Alhamdulillah. Aritok masuk 32hari dah selepas kelahiran Aliah Amani. My baby selamat di lahirkan pada 15November2014, pada hari Sabtu jam 9:20pm di Labour Room, General Hospital Miri. After few scan on friday, EDD suppose to be on 23rd, tapi doktor suspect baby besar almost 3.6kg. Jadi pada pagi sabtu ya doktor bagitau i have to deliver my baby.

Dengan rasa nebes pagi ya, auk ajaklah apa di padah daknya. jam 9am ya doktor letak CTG untuk mengesan heartbeat baby sebelum di masukkan pil bom ke dalam vagina. Tujuannya untuk menggalakkan kontraksi berlaku dengan cepat. sebab that time, i do have some small contraction tapi belum ready gik nak deliver that day. Selepas heartbeat baby okay, jam 10am ya doktor masukkan pil bom and then rest for 1hour. kakya jam 11am check gik CTG baby. Alhamdulillah everything seems fine.

Waktu ya belum ada rasa sakit papa. Tunggu hubby datang jam 12pm ya, sebab nak makan. Sik lamak lekak abis makan, time zohor ya dah mula rasa sakit2. Mula2 macam sakit senggugut. dahya dalam jam 2pm gia perut makin kerap sakit. 2kali ke toilet berak. sebab sakit perut ya sakit senggugut campor sakit perut nak berak. memang bisa. dahya bermulalah episod drama di wad maternity.

Jam 3pm ya dah start nangis nahan sakit. pegang tangan hubby kuat2. makin kerap gik kakya sakit bila masuk Asar. check bukaan baruk 1cm. Lekak check ya terus makin bisa, sik dapat tahan sampe meraung2 kesakitan. Hubby dah bingung. Mala jak gigit tuala, bernafas pun dah sik tentu. Last2 hubby call mak & mentua suh datang sebabnya dah blur.

dari jam 5pm sampe ke Maghrib ya memang suara kedirik jak yang paling nyerin menjerit kesakitan. Nurse semua jadi kelam kabut. Sebab kmk dah mok pitam sebab dah terlampau sakit dan lemah. Berapa kali nurse check bukaan, seluk punya seluk. sukati daknya nyeluk debah ya. Berapa kali ya juak nurse embak beloyar supaya kmk sik pitam. Bukaan masih gik 2cm dari jam 3pm tek start sulak. kecewa sikit sebab punyalah sakit sulak ya tapi bukaan sikit ya jak.

Last2 ada makcik datang merik aik zam zam(air selusuh) k kmk sebab kesian nangga kmk nahan sakit. Waktu ya juakla hubby & mak kenak suh keluar dari wad. punyalah kmk marah sebab diat sidak keluar dari wad sik neman kmk. sakit waktu ya macam nak terberanak. Kmk meraung2 nunggah nurse, sik juak sidak lalek ngagak kmk. kmk dah padah mek nak terberanak. sik cayak2. sekali kmk dah sik tahan di tolak kmk meja kerusi sampe berpelantingan, baruk tergesa2 sidak check bukaan. waktu ya baruk lepas Isyak, bukaan dah sampe 8-9cm. patutlah sakit semacam time ya. Kmk megang debah kmk dah merasa palak baby di ujung2.

dengan nyawa sik dapat di tahan ya, kelam kabut nurse hantar kmk ke Labour Room. Semua berlari2 ngambik katil, last2 kmk lompat atas katil ya terus sidak usung kmk sambil berlari2. apa tek takut kmk terberanak dalam wad ya. menjerit kmk ya sekda duli orang gik dah. masuk Labour Room, terus bukak kaki, doktor pecah aik ketuban, teran dalam 2-3kali aliah terus keluar jam 9:20pm ya. Imagine jak betapa sekejap jak ilang rasa sakit sulak ya bila diat Aliah yang comel di engkah atas dada kmk, sambil matanya kelip2 bukak nak tengok kmk. Sebak, terharu dan rasa bersyukur. halusnya jari, rambut yang lebat, mata yg sepet. sihat walafiat. Tapi sik lamak kakya nurse embak Aliah pergi cuci. tinggal kmk dalam Labour Room ya, di jahit oleh doktor pelatih & nurse. dari jam 9:30 ya sampe jam 11:30 ya baruk abis berjait debah apa tek kmk punya koyakan sangat besar.

Finally jam 12am ya baruk di hantar masuk wad maternity. muka pertama kmk duak Aliah diat muka hubby mek. Ayah Aliah. Senyum2 muka hubby mek. muka orang yang paling di sayang. Akhirnya dapat juak peluk cium baby yang selamak tok menghuni perut mommynya. paling comel, bau syurga. huhu..syukur Alhamdulillah. Allah kurnikan kebahagiaan hakiki buat kmk duak suami isteri.

2014, was a very special moment for me. Sepanjang tahun mengandung, lepas ya baby pun dah kuar. Anugerah yang sik ternilai, dah jadi mak mak dah ehh..hahahaha..aduyai. InsyaAllah, mommy will give you all my love and everything. Gambar latest mek duak Aliah Amani. hahahaha agik atas amben kata orang. hehehe.oklah, ada masa kelak updated gik.

kbai. :)