Friday, August 8

Beza kasih sayang waktu dolok dengan kinektok, Family.

Assalamualaikum..

Dalam pada kita beraya tok, janganla kita lupak pada orang yang dalam kesusahan ataupun kesakitan. Kita tek tang happy jak nyambut raya, ada segelintir rakan-rakan atau family kita ada juak yang berada dalam keadaan kesusahan.

Dari raya aria dah mek orang sekeluarga nerimak berita macam-macam perihal saudara mara nenek mek orang jatuh sakit. Sorang ya, pakcik mek orang nunggahnya Ngah Zaidi terkenak stroke setengah badan, pasya NekWa Tipah terpaksa di operate di bahagian ovari, kakya nenek perempuan mek orang belah bapak jatuh sakit demam & batuk. tok paling terbaru nenek perempuan belah mak agik di masukkan ke hospital sebab terkenak Brain Infection.

Dugaan demi dugaan menimpa keluarga mek orang pada raya tahun tok. Hurmm..terus teringat dugaan waktu bapak terkenak stroke setengah badan pada 2tahun lepas. Faham gilak rasanya situasi orang-orang yang jatuh sakit tok. Kita hanya mampu melihat dan memberi sokongan padahal orang yang menanggung ya memang perit untuk menghadapinya.

Kmk orang sekeluarga nang gago la ngabas dak family. Kita tok agik berkeluarga, sik kira susah dan senang kita tetap sekeluarga. Ikatan persaudaraan kita tok masih ada dalam darah kita. Pertalian darah ya bukan senang-senang nak di putus. Kmk orang tok sik kisah nak ngabas saudara mara dirikpun, memang sik berkira sapa-sapa nok pernah ngabas time kita sakit ka sik.

Sikda nak sikap menting dikpun. Tapi zaman kita kinek tok, semua leka gago hal kedirik. Sekda gik macam dolok. Semua ada alasan masing-masing nak gago. Jangan dah bila insan yang kita kenal dah sikda baruk kita nak gago ambik kisah. Jadikan apa yang berlaku di masa lalu ya biarkan berlalu dan lupakan, amiklah pendekatan positif contohnya biar kita kedirik yang mulakan untuk membuat bait pada orang. Iboh berkira gilak orang ada molah bait ka sik dengan kita sebab dudi hari kelak bila waktu kita kedirik susah waktu yala kenal sapa nok sudi menolong kita sebab sayang pada kita.

Sik susah rasanya kita tok nak bersikap positif dolok. Sampai bila nak bersikap negatif jak-jak dengan orang? Sampai bila? Sombong sik ke sine2. Tempat kita diam tok pun bukan besar, sama ya juak pusing-pusing kita berjalan nemu orang yang kita kenal.

di pendekkan kata, jangan la bila insan yang kita kenali dah sekda agik baruklah kita gago nak amik kisah. sikda masalah dari knek tok kita mulakan semuanya untuk mengikat balit silaturahim sesama kita. lagikpun memang ada kesan positif juak pada kita bah, kita boleh rasa bahagia dan tenang. sebab? sekda rasa dendam marah negatif yang melekat pada kita. nakka tenang hidup kita nak?

jadi,mulakanlah dari sekarang. perbaiki diri sendiri. maafkan diri sendiri. bersikap positif bagi mengelak hidup kita sentiasa tertekan. :)