Friday, August 23

Warna Warni Aidilfitri bersama diet kesihatan.

Assalamualaikum!

Hai kitak-kitak sekalian! Selamat pagi! Kerajinan saya nak updated blog aritok eh. Mentang-mentang la cuaca di Miri pagi tok sejuk semacam. Anyway dalam raya-raya tok sempat juak kamek duak laki bini pergi dating. Mala jak madah ngan mak mentua I yang I tek kidnap anaknya embak pergi dating. Hahahaha.

gelagat sik di sedari time main dengan camera. maklum la lamak dah sik pegang buah hati kesayangan.   

Apa-apapun dalam raya tok kenak jaga makan. sebab tanda-tanda kesan sampingan dari pemakanan sik sihat sewaktu mudak dolok marek udah nampak pada umur  mek duak 25tahun tok. waktu uncle datang ya nya ada embak mesin khas untuk periksa kesihatan secara keseluruhan. Cun juak adik mak yang kerja nurse pun bercuti lamak pon suka nak check blood pressure mek orang. ngaaa...

bacaan bp yang sangat low itu adalah kepunyaan saya, dan di sebelah kepunyaan encik hubby. ermm..

Haaaa....25tahun dah nampak kesan-kesan pemakanan sik sehat. Torang udah check sik? Macam I memang keturunan dari family ada macam-macam penyakit. Semua ada, complete and perfect. High blood pressure, Low blood pressure, kolestrol, diabetes, strok, gout & etc. Dari belah hubby memang ada high blood and diabetes. Macam I tok awal penyakit detect diabetes ngan low blood pressure. Hubby kenak high blood and diabetes.

Jadi di pendekkan cerita mek duak sikmok nak start makan ubat-ubat hospital dari usia awal 25tahun tok. Mek duak di suruh diat buang 10kg setiap individu dan di sarankan amalkan pemakanan yang sihat. Macam I tok di larang udah makan seafood, masin-masin panggang memanggang. Elakkan makan kacang dan sayur kobis dan sewaktu dengan nya.

Haaaaa..jangan ingat apa di makan kita masa usia mudak sik berik kesan awal. Tengok macam mek duak awal-awal udah nampak tanda pelbagai penyakit. Kinek udah di suruh kawal pemakanan. Makan pun dah sik boleh galak gilak kedak sebelum tok. Start posa aria udah mek duak control makan.

No more fast food, instant food and junk food. Minuman bergas memang di larang minum dah. Maggie-maggie ya nang sik berapa bait, cola apatah agik. Diet mek duak bermula dengan breakfast makanan manis waktu pagi, di tengah hari makan benda masin, di waktu petang makan benda masam dan terakhir sekali di waktu malam makan benda pahit.  Ya jak caranya untuk mengawal diet seimbang. Hoho..

torang udah check? apa-apa pun mun dah ada tanda-tanda sakit seluruh badan sik kira apa jenis sakit mun kerap gilak berlaku dalam sebulan ya di galakkan pergi check. tok untuk membanteras kadar penyakit yang kemungkinan akan menyerang pada usia muda bah. ngaa...

Anyway, amalkan pemakanan yang sihat sik kira berapa umur dah..jaga-jaga juak kesihatan dalam sibuk bekerja. Senaman mesti adaaa! Kbye!