Monday, August 19

Syawal 1434, Salam Aidilfitri

Assalamualaikum!

Telah masuk hari ke-12 kita menyambut ketibaan Syawal, alhamdulillah walaupun puasa I sik penuh tahun tok tapi tetap menyambut lebaran dengan meriah! Cerita pasal sambutan raya, baju raya I taun tok hanya sepasang ajak, kaler ungu sepasang dengan encik hubby.

Alhamdulillah bergelar husband & wife sambut raya pada tahun tok.

Mun di ikut sebenar-benar mek duak, tema taun tok mok kaler merah, tapi baju warna merah nang dah sikda agik stock di pasaran taun tok. Apa lagik bertukar warna ke kaler biru, pun gia juak. Dahya temu sigek baju melayu kaler kelabu, pun sikda nemu juak nok sepasang ngan baju I. Last-last nemu kaler ungu jak akhirnya. Ya pun dalam seminggu terakhir bulan ramadhan baruk mek duak bertemu ngan baju raya. Hahaha..

pertama kalinya join keluarga besar mek orang beraya,happy gilak-gilak!

bestnya raya taun tok adalah ada suami di sisi. Tahun-tahun lepas mek duak nyambut sebagai pasangan kekaksih. Kali tok terasa kelainannya. Bangun pagi dah gosok baju melayu, kain samping untuk suami. Dengar bunyi takbir raya, bersalaman dengan suami. Aaahh...Indahnya perasaan waktu pagi syawal ya.



 gambar kontreversi yang mengundang pertanyaan semua rakan-rakan dan family..hahaha

Selesai bersalaman dengan ibu bapa dan beradik, mek orang sekeluarga terus bergerak ke rumah nenek di Miri dan berkumpul ramai-ramai mek orang semua family. Riuh bersalaman bergurau dan sesi bergambar yang sik habis-habis. Tahun tok ramai benar pengguna smartphone. sampai budak-budak pun berisik tablet di pangkuan gago juak nak ber-kemho ngaco mek orang makcik-makcik bergambar. hahaha..

suasana raya di rumah nenek, di rumah sendiri dan di rumah beradik keluarga belah mak. hihi..

di sebabkan dah ada family baru tahun tok, maka tangan I memang sik dapat megang kamera selalu. Dan di sebabkan cuaca sik mengizinkan gilak pada seminggu-minggu raya ya mek duak laki bini lebih banyak duduk di rumah menunggu tetamu datang. Alahai, demam batuk-batuk mek duak seminggu raya ya.

Raya pertama wajib ngabas kubur dak Tua' di kampung Bekenu Miri. Beramai-ramai membersih kubur di ikuti dengan bacaan Yassin beramai-ramai. Alhamdulillah cuaca sejuk ajak. 

Alhamdulillah, family dari jauh banyak yang pulang ke Miri. Abang dari Johor Bahru pun pulang. Pak Lang dari Ipoh,Perah pun pulang. Kecuali kembar ku, Haris terpaksa beraya di laut sebab shift offshore sik dapat di elakkan. kesian ada jaknya. mintak kirim gambar ajak katanya.huhu

  bts makeup wedding Kampung Subak Bekenu Miri

Dalam raya ya juak sempat mekap wedding customer di Bekenu. Nang berulang alik jak-jak mek duak laki bini ke sinun. Mun di ikutkan ada sigek wedding job patut di polah time raya ke 4 ya, tapi I terpaksa tolak sebab sik mampu rasanya nak molah kerja, agikpun tubuh agik sik sihat time ya dengan muntah-muntah.

 bts sambutan Syawal 2013 di sis suami tersayang..

paling best part time raya dengan hubby lah bila mek duak gago nak molah puding caramel. hahaha..orang lain malam-malam raya gago berisik ketupat molah kelupis, mek duak gago molah puding caramel time ya. Nang lihai lah hubby saya molah puding caramel tok. hihihi. pun nya lihai juak molah sarung ketupat. sayanggggg kitak gilak2 yang..

Alhamdulillah syawal 1434 kali tok meriah dan gembira selalu di sisi suami. Rezeki pun semakin melimpah ruah sehingga hujung tahun tok. Udah start bertemu client untuk wedding job. Apa-apapun syukur padah Illahi dengan rezeki di berinya.

di sitok kamek nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan bloggers! Maaf zahir dan batin andai ada entry dari blog kamek molah kitak-kitak kecik ati atau terasa..hihi. Ampun maaf di pinta dari saya. Salam Lebaran!